Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Twintech dan Sanadi sekali lagi menganjurkan program khidmat masyarakat di negeri Terengganu bertempat di Pulau Perhentian, Besut dan Chukai, Kemaman.
Program ini telah dirasmikan oleh menteri besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad bin Said. Program ini menawarkan khidmat ‘vision screening’ oleh Universiti Kolej Twintech dan kaca mata diberi secara percuma oleh syarikat Sanadi Optomeri kepada penduduk kampung.













